Saturday, December 1, 2012

CERPEN : I LOVE YOU MR. TWILIGHT part 2




Aku membuka mata apabila matahari menjamah pipiku. Jam loceng di meja katil ku capai. Jam 10 pagi. Ya Allah lamanya aku tidur. Nasib baik aku period kalau tak memang dapat dosa free lah aku hari ni.

Tuala mandi ku capai dan aku segera berlalu ke bilik mandi. Sudah tujuh tahun aku meninggalkan zaman remaja ku. Banyak kisah suka dan duka yang aku tempuhi. Itulah kehidupan. Ada naik dan turunnya.

Siap sahaja berpakaian aku turun ke dapur. Suara riuh rendah di dapur amat membingitkan. Semua adik beradik ku pulang dan berkumpul di rumah.

“Awal bangun. Ingat petang karang baru bangun,” Along menegurku. Sibuk je lah.

“Mama, banyak nya makanan. Macam nak buat kenduri pulak,” seloroh ku.

“Kenduri kau lah dik. Tinggal kau je yang tak kahwin lagi. Aku ni dah ada dua orang anak,” Abang Cik menyampuk membuatkan semua manusia dalam rumah ketawa jahat. Termasuklah anak-anak saudara ku.

“Kau nampak pisau ni. Kalau aku baling kat kau ni, malam ni orang kat taman ni makan percuma. Kau jangan main-main Achik. Aku ada pingat dalam membaling pisau dan bermain pedang,” Achik tertelan liur. Tahu pun takut.

Mama hanya menggeleng kepala. Dia sudah masak dengan perangai kami empat beradik.

Aku mencuci tanganku setelah selesai makan. Aku ke ruang tamu untuk bersama dengan famili ku. Nampak macam ada topik hangat yang diperdebatkan antara mereka semua.

“Borak pasal apa ni?” aku mencelah.

“Pasal kau lah. Kan kau nak kahwin,” Achik tak habis dengan lawak yang tak kelakar tu. Please lah.

“Boleh tak diam untuk sesaat. Sibuk lah kau ni. Dah tua bangka pun nak bergaduh dengan aku lagi. Karang aku fire kau habis-habisan baru bisu kau 40 hari 40 malam,” geram betul aku dengan Achik ni.

“Dah lah tu Achik, Adik. Karang mama yang fire korang baru tahu. Ni adik, mama ada nak beritahu adik ni. Kalau adik tak nak pun tak pe, mama tak halang sebab ni untuk diri adik dan masa depan adik,” serius bunyinya. Macam krisis Negara je. Huhuhu, seram.

“Kawan lama mama, dia nak cari isteri untuk anak bongsunya. Kalau boleh dia tak nak lah buat step by step. Dia nak straight. Nak nikah terus. Anaknya sekarang baru habis belajar dari luar negara. dia suruh mama tolong cari buat dia sebab dia kata semua anak-anak mama yang lelaki tu mama yang carikan menantu. Baik-baik dan tak macam menantu orang lain. Malah cantik pulak tu. Mama pun segan jugak nak tolong carikan menantu untuk dia. Takut tersalah pilih. Bila je dia nampak gambar kamu kat dinding dia terus tanya mama gambar siapa. Mama cakap lah anak bongsu mama. Dia pun tanya pasal kamu. Banyak lah soalan. Last-last dia kata dia berkenan dengan kamu. Dia kata yang kamu ni mampu jadi menantu yang baik kerana datang dari keluarga yang baik dan didikan agama pun sempurna. Dia kata yang kamu mampu ubah anak bongsu dia. Mama tak dapat nak bagi kata putus sebab semuanya di tangan adik,” panjang dan padat kata-kata mama.

Jadi Achik tak bergurau lah tadi tu. Adoi, kahwin? Awal lagi ni. Aku baru je habis belajar.

“Dik kau tak nak pun tak pe. Tak payah lah kau nak fikir. Kalau kau dah ada pakwe terus terang lah ayah tak marah lah,” Angah membuatkan aku berfikir. Aku mana ada pakwe. Serik dah aku. Cukuplah sekali.

Mereka menanti kata-kata ku.

“Adik tak tahu nak cakap apa. Adik tak tahu patut ke tak adik terima sebab terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran adik,” perlahan-lahan aku menuturkan kata.

“Kalau aku dulu, aku terima je. Tengok dah enam tahun aku berkahwin dengan kak long kau ni. Hidup kitorang bahagia je. Yalah, memang betul kawan mama cakap yang mama tak salah pilih menantu. Aku bukan lah nak puji apa, tapi selama aku berkahwin kami dapat memahami dan kak long kau pun bukan bersikap pentingkan diri sendiri malah adil bila soal kedua ibu bapa. Tak de berat sebelah lah. memang kadang-kadang ada jugak masalah tapi kami sama-sama selesaikan kerana ini lah kehidupan berumah tangga dik. Kau fikir lah. umur kau pun dah 23 tahun kan? Ke 24?” along memberi cadangannya. Memang aku tengok isteri Along tu baik. Aku pun hormat dia dan bangga dengannya.

“Biar adik yang putuskan. Mama tak kisah dik,”

“Em, adik tak tahu lah ma. Fikiran adik celaru. Adik serahkan kat mama lah. adik tahu mama selalu buat yang terbaik untuk Adik.

Kami semua membisu. Fikiran kami semua bercelaru. Lebih-lebih lagi mama dan aku. Ya Allah bantulah aku. Adakah jodoh ku telah ditetapkan bersama dengan anak kawan mama? Ya Allah aku mohon bantuan kau.

************************************************

Inai di tangan dipandang kosong. Hari ni merupakan hari bersejarah dalam hidupku. Akhirnya sekejap lagi aku akan jadi isteri kepada seorang lelaki yang aku tidak kenal. Malah wajahnya pun aku tidak pernah lihat kerana aku percaya pada orang tua ku. Mereka lah yang terbaik.

“Happy nya aku tengok kau. Nampaknya kau dapat baby dulu lah ea? Aku awal tahun depan baru nak langsung,” ujar Katrina dengan nada gembira. Dia sudah bertunang dengan Zam. Aku ingat lagi Zam datang jumpa aku kat rumah dan minta maaf dengan ku. Kerana Katrina tidak mahu menerima cintanya. Aku pun keliru juga masa tu. Last-last aku maafkan juga sebab aku nampak kesungguhan si Zam tu.

Zam sekarang juga telah menjadi salah seorang sahabat ku. Biarlah yang lepas tu bak kata pepatah benda yang lepas jangan dikenang. Hebat betul aku ni. Semua peribahasa aku tahu.

“Tak sabar aku nak tengok suami kau. Zam kata dia kenal suami kau tu. Tampan orangnya dan baik. Aku dapat bayangkan betapa bahagianya kau nanti. So sweet,” melebih-lebih lah minah ni.

“DIk, jom turun. Rombongan dah sampai,” Kak Linda isteri abang Chik memanggilku. Aku menarik nafas dan menghembuskan dengan kuat. Ya Allah, aku yakin ini jodoh ku.

Aku perlahan-lahan turun ke tingkat bawah dan melabuhkan punggung ke atas kerusi yang telah disediakan. Semua mata yang berada di situ memandang ku. Kilauan cahaya dari kamera meyimbahi diriku.

“Putih betul pengantin lelaki. Macam Pontianak dalam filem Twilight je,” Ustaz Zamri ni buat lawak antarabangsa pulak. Tak sangka yang dia tengok jugak ya filem Twilight tu. Moden betul Ustaz zaman sekarang.

Ustaz Zamri memulakan ucapan mengenai hukum hakam, tanggungjawab dan kelebihan tentang perkahwinan. Aku memandang bakal suami ku itu. Aku hanya nampak pandangan sisi je. Tapi aku macam kenal dia. Entah lah mungkin silap kot. Lafaz akad nikah dikendalikan oleh ayahku.

“Bismillahhirrahmanirrahim, Tengku Aril bin Tengku Azman,”

“Saya,”

“Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Nur Quraisya binti Mohd Ridhuan dengan mas kahwinnya  seratus ringgit tunai,”

“Aku terima nikahnya Nur Quraiya binti Mohd Ridhuan dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Tengku Aril. Nama tersebut bermain di minda ku. Aku rasa macam pernah dengar nama tu. Aku dah lupa.

“Alhamdulillah, kau dah sah jadi isteri dia. Tapi kan macam familiar sangat nama tu kan. Kau kenal tak?” Katrina pun kenal nama tu. Biarlah, maybe tak penting pun.

Upacara membatal air sembahyang diteruskan. Katrina terlopong. Suka buat benda yang mengarut. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan tapi semuanya tersekat di kerongkongnya.

Aku memandang wajah suamiku. Aril! Mr. Twilinght. Ya Allah, kenapa mesti dia?

Dia melabuhkan punggung di tepi ku. Cincin emas yang bertakhtakan berlian disarung ke jari manis ku. Tanganku berasa amat sejuk. Aku rasa ingin menjerit dan membatalkan semua ni. Tapi ia sudah terlambat.

“Adik, salam lah tangan suami kamu tu. Malu pulak,” tegur mama.

Aku menyalam tangannya. Dia terseyum dan mencium dahiku. Ya Allah, jika ini adalah ujian bagiku, aku terima Ya Allah.

Sesi bergambar membuatkan kepala ku jadi pening. Petang nanti acara persandingan akan diadakan. Bagaimanalah aku nak tempuhi hidup aku dengan lelaki ini.

**************************************************

Tubuhku berasa amat penat. Yalah, dari pagi sampai ke malam tak henti-henti. Aku telah pun menukarkan pakaian pengantin. Sepatah pun aku tidak bercakap dengannya. Petang tadi teruk Zam kena marah oleh Katrina kerana merahsiakan hal ini. Kesian pulak aku tengok si Zam tu. Katrina tu memang lah garang. Nasib kau lah Zam.

Pintu bilik dibuka dari luar. Cepat-cepat ku tutup mata. Malas aku nak tengok wajahnya. Karang ada babak dalam novel yang berlaku kat aku. Selisih malaikat 44.
Aril nampaknya sedang membersihkan diri. Apa muslihat dia kali ni?

Usai sahaja dia solat Isya’ dia melabuhkan punggung di sisi ku. Dup dap dup dap jantungku. Karang tak pasal-pasal masuk hospital sebab kena serangan jantung.

“Assalamualaikum, Q,” Ya Allah bencinya aku dengan suaranya yang memanggil namaku. Pelik lah dia ni. Orang lain panggil aku Aisya, Isya, tak pun Quraisya. Tapi dia ni duk panggil Q. Macam budak tadika duk belajar ABC.

“Abang tahu yang Q tak tidur lagi. Abang nampak yang Q tak percaya yang abang rupanya suami Q kan? Q, buka mata sayang, abang nak bercakap dengan Q. please?” aku masih memejamkan mataku. Tiba-tiba aku rasa dahi ku dikucup.

“Tak pe lah kalau Q dah ngantuk sangat. Esok kita berbual ya sayang. Selamat malam, assalamualaikum,” Aril merebahkan tubuhnya disebelah aku. Tangannya melingkar di pinggang ku. Aku berasa selamat dipeluk olehnya. Ya Allah berdosakah aku?

“Apa muslihat awak lagi? Permainan apa lagi? Tak cukup lagi ke awak musnahkan hidup saya tujuh tahun dulu. Saya penat Aril,” aku menangis hiba.

Aril memelukku lebih erat.

“Q, abang mintak maaf. Dulu abang masih belum matang. Masih hidup dalam keseronokan bersama kawan-kawan abang. Tapi hidup abang tak tenang. Zam lah yang memberitahu tentang Q pada abang. Abang dah mengaku semuanya kepada ibu abang. Ibu berasa malu untuk berjumpa dengan keluarga Q. Maafkan lah abang, sayang. Berilah peluang untuk abang buktikan cinta abang,” Aril membisik di telinga ku.

Aku memusingkan badan. Aku menyentuh pipi Aril. Tiada kesan bedak di tanganku. Dia tersenyum memandangku. Aik, bukan ke pagi tadi warna mata dia hitam pekat. Tapi ni warna coklat hazel pulak tu.

Aku mengerutkan dahiku. Ya Allah indah sungguh ciptaanMu. Aril menekan dahiku yang berkerut. Aku memandang ke dalam anak matanya.

“Q, kenapa sayang? Senyap je. Ada yang tak kena ke? Atau sayang masih sukar maafkan abang? Ambil lah masa seberapa banyak pun yang penting Q gembira,”

“Awak ni alien ke?” Aril pula yang berkerut.

“Yalah, mata awak bertukar-tukar,”

“Sayang ni, mana ada bertukar. Apa yang bertukar? Cuba sayang bagitahu,”

“Yalah, mata awak siang hitam, malam coklat hazel. Apa rahsianya?” sempat lagi aku bergurau.

Dia tersenyum manis. Eh, ada lesung pipit lah. Comelnya!

“Allah dah ciptakan abang begini. Dah cukup sempurna. Sayang jangan takut. Abang bukan vampire dalam filem Twilight tu,”

Aku diam membisu.

“Sayang,” panggil Aril.

“Hmm?”

“Sayang dah maafkan abang?”

“Saya dah lama maafkan awak. Sejak dari dulu lagi. Siapa saya tak nak maafkan orang? Sedangkan Allah pun boleh memaafkan hambaNya. Tak perlulah kita nak berlagak. Kalau awak ada rancangan jahat, itu awak punya pasal lah. yang saya nak bagitahu satu je, saya dah letih untuk menjadi waatak dalam kisah jahat awak,” lancar aku berkata-kata.

“Abang janji sayang. Benda tu takkan berulang lagi. Abang mencintai Q kerana Allah mendatangkan Q setiap kali abang tidur. Mungkin Allah bagi petunjuk yang Q adalah jodoh abang,”

“Jodoh di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa sahaja,” aku menguap kecil.

Perbualan kami berlanjutan, aku tak tahu bila aku tertidur. Yang pasti malam itu aku lebih lena dan selamat. Ya Allah panjangkanlah jodoh kami berdua dan jauhilah sifat-sifat membenci di antara kami.

*******************************************

Dua tahun kemudian

“Mama!” suara kecil memanggilku. Tengku Amir Qhalif. Nama anak lelaki ku.

“Alolo comelnya anak papa ni. Mama meh sini. Dia panggil mama ni,” Aril memanggilku.

“Bang, petang nanti jangan lupa beli bahan-bahan untuk buat kek coklat ya? Q, nak buat kek malam ni,” ujarku. Aril mengangguk sahaja.

“Assalamualaikum, Isya, Aril. Kami datang ni,” jelas kedengaran suara nyaring Katrina.

“Bertambah chubby pipi anak kau Kat. Meh sini kat Auntie Isya. Tengok abang  Qhalif buat apa tu,” aku mengambil anak Katrina dan membaringkannya di sebelah anakku.

Aril dan Zam pula sedang berbual. Nampak rancak sekali.

“Q, aku nampak kau makin berisi lah. Jangan naik badan sudah. Orang lelaki ni nampak je sayang kat kita tapi dorang punya taste melebih tau,” Katrina tak habis-habis.

“Patutlah aku tengok Zam tu makin kurus,” bidas aku.

“Amboi, mulut. Kau ingat aku tak bagi makan ke? Kau tanya lah Zam tu. Aku kalau masak untuk dia, aku masak untuk makan empat orang. Biasalah aku ni kan pandai memasak,” masuk bakul angkat sendiri betul minah ni.

“Bukan kau tak bagi makan. Tapi suami kau kurus sebab kena tengking dengan kau,” satu cubitan hinggap di paha ku. membuatkan aku terjerit kecil.

“Cakap tak pakai otak kau ni,” geram sungguh Katrina dengan ku.

Kami berdua menyambung perbualan di dapur. Kerana mereka akan makan tengah hati bersama. Memang happy lah aku dengan mereka berdua. Riuh rumah ku.

“Aril, Aril,” Zam menjerit nama Aril. Aku segera keluar dari dapur.

“Kenapa Zam?” soalku cemas.

“Aril muntah-muntah tu,”

“Aduh, sakitnya tekak aku,” Zam memapah Aril masuk ke bilik. Aku menggosok dada Aril.

“Bang, jom tolong Kat masak. Biar Isya jaga Aril. Isya aku ke dapur dulu ya?” mereka berdua berlalu meninggalkan aku dan Aril.

“Sayang, abang nak makan buah anggur lah. Boleh tak sayang ambil dalam peti?” pinta Aril. Aku segera ke dapur mengambil buah anggur.

“Siapa nak makan?” Katrina bertanya.

“Aril. Pelik aku. Dia bukannya makan sangat buah anggur,” ujarku.

“Wait! Jangan-jangan kau mengandung tak? Sebab masa aku mengandung Zam mengidam makanan dan dia lah yang kuat kena alahan. Dulu masa Qhalif macam ni ke?” Katrina nampak teruja.

Aku mengangguk. Terus ku berlari mendapatkan Aril.

“Bang, Q mengandunglah bang. Patut lah Q rasa tak sedap badan je. Period pun tak,” beritahuku.

“Yahoo! Qhalif dapat adik. Aduh, peningnya,” kesian aku tengok suamiku. Nasiblah.

“Thanks sayang sebab sudi mengandungkan anak abang untuk kali yang kedua. Abang bahagia hidup dengan Q,”

“Q pun sama bang. Q harap kita bersama sehingga akhir hayat. I love you Mr. Twilight,”

“Love you too Mrs. Twilight!” dia memelukku erat.

Ya Allah, terima kasih kerana engkau pertemukan aku dengan dia. Moga jodoh ku berpanjangan. Hidupku sempurna dengan adanya dia. Kau sinarilah kebahagiaan dalam rumah tanggaku. Terima kasih, Ya Allah.

CERPEN : I LOVE YOU MR. TWILIGHT part 1




Tin air milo ku pijak-pijak sampai kemik lalu ku buang ke dalam tong sampah kitar semula. Semua pelajar yang berada di situ tercengang melihat perbuatan ku. Dasar mamat twilight! Aku benci kau.

Selamba badak berendam jer dia malukan aku depan pelajar-pelajar lain.

“Isha, asal ni? Dah macam king kong aku tengok kau. Tak pernah-pernah dalam dua bulan kau kat sini muncul perangai gila ni. Pemberontakan ke apa?” Katrina menegur aku.

“Mamat twilight tu buat hal dengan aku. Berlagak macam lah dia bagus. Padahal dalam kelas pantang ada masa luang buat tahi mata je dia tahu. Lagi satu muka tu dah macam tempek tepung jagung aku tengok. Huh!” aku memang marah gila dengan mamat tu.

“Maksud kau Tengku Aril ke?” apasal lah bendul sangat kawan aku ni.

“Yalah, dah dia jer yang muka tepung. Kat sekolah ni mana ada orang lain dah,”

“Jahatnya mulut kau. Dah dia memang putih melepak. Nak buat macam mana. Setahu aku dia jarang cakap dengan orang,” minah ni tak nak caya aku pulak dah.

Aku merengus kasar. Langkah kaki ku dipercepatkan kerana risau terlambat masuk kelas. Biasalah waktu cikgu garang lah yang paling aku takut.

Sampai je di kelas mataku tepat memandang ke mamat twilight tu. Gelaran tu aku bagi special kat dia. Aku masih ingat waktu tu aku baru saja pindah ke sekolah ni. Dalam 30 orang pelajar yang lain dia seorang jer yang tak berkenalan dengan aku. Malah dia tidur pulak masa sesi perkenalan.

Mula-mula aku ingat dia ni pemalas. Tapi masa cikgu mengajar dia persis seorang genius. Sentiasa fokus dan tak pernah miss kelas. Tapi bila je cikgu keluar dari kelas dia terus tidur. Lagi satu yang aku hairan wajah dia yang putih melepak tu menjadi tanda tanya dalam kepala otak aku ni. Nak kata bedak aku rasa tak, sebab masa solat berjemaah hari tu aku tengok lah dia amik wuduk tapi tak berubah langsung wajah dia. Kalau seminggu tu okay lah. ni dah dua bulan lebih aku kat sini. Terus aku bagi gelaran mamat twilight. Yalah macam Edward Cullen dalam filem Twilight tu. Jangan-jangan dia pun… ish takut aku.

Satu hal lagi, tadi dia malukan aku dalam koop(koperasi). Aku tegur dia.

“Mamat Twilight minum dutchlady full cream jugak ke?” Aku pun sewel tanya macam tu.

“Could you please shut your mouth? Who are you to judge me? Mine your own business. And please, calling me with ‘mamat Twilight’ are not helping you to increase your popularity in this school,” amik kau! Depan cikgu dan pelajar-pelajar lain. Tebal muka aku masa tu. Tu yang setin air milo aku habiskan dalam masa kurang seminit dan aku pijak-pijak tin tu persis memijak mamat twilight tu.

“Saya tak rasa yang kelas saya ni untuk awak berangan-angan,” alamak kantoi dah. Macam-mana lah aku tak ingat yang Cikgu Hani dah masuk kelas.

Semua pelajar dalam kelas 5 Alpha merenung tajam ke arah ku. Mama you gotta help me out!

“Now, get out from my class. And take your books too,” okay aku dah kena demerit. Siapa tak kenal dengan cikgu ni.

“Cikgu, saya mintak maaf cikgu. Saya janji tak kan buat lagi. Saya tak mahu keluar dari kelas ni. Cikgu tolonglah saya,” aku cuba merayu.

Mamat twilight memandang sinis. Seolah-olah yang dia cakap kat aku padan muka.

“Class, selama setahun lebih saya bersama kamu semua ada saya ringankan denda and ignore my promise?”

“Tidak cikgu,” seluruh kelas menjawab.

“So?”

Aku pun bingkas bangun dan melangkah longlai keluar dari kelas. Bencinya hidup ni.
Apa lagi di tepi longkang lah tempat duduk untuk pelajar yang kena denda. Banyak mata-mata yang duk perhatikan aku. Malunya aku.


****************************************************************

DUA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

“Woit! Senyap jer hari ni. Apasal? Putus cinta ke?” entah dari mana si Katrina datang pun aku tak tahu.

“Banyak lah kau punya putus cinta. Aku tak pernahnya bercinta ni kan pulak nak putus cinta,” aku membangkang kata-kata Katrina.

“Yalah, masa orang ajak couple kau tak nak. Jual mahal konon kan? Eleh, ada lagi perempuan yang tak pernah couple. Kau biar betik?” tak percaya lagi minah ni. Nak suruh aku buat apa baru nak percaya? Masalah-masalah!

“Ikut suka laki kau lah. aku nak continue membaca. Eh, Kat. Kau perasan tak?”

“Apa?”

“Kau ni, kau perasan tak yang ada new couple kat dalam kelas kita,” aku bisik kat telinga Katrina. Risau kalau-kalau ada orang dengar aku duk bergosip.

Katrina mengerutkan dahinya. Tanda tak faham.

“Ooo, maksud kau twilight couple tu ke?” lambat betul connection dalam otak minah ni.

Aku mengiakan.

“Tak sangka kan? Nampak jer senyap tapi couple dengan minah tak cukup seposen tu? Kau tahu si Aril tu playboy. Dasar jantan tak tahu malu. Ingat tak masa cikgu announced kat assembly pasal dua minah gaduh kat kantin,” bersungguh-sungguh Katrina bercerita.

Aku mengangguk laju. Pasal tu. Ish tak kan lah.

“Ha, dorang berebutkan Aril. Tapi mamat tu selamba jer lah. Sebab banyak lagi awek dia. Kalau aku lah kan, dah lama aku tembak dengan peluru meriam,” dahsyat sungguh minah ni.

“Tapi yang aku heran asal mamat tu ramai sangat perempuan? Walhal dia senyap dan Nampak serius. Aku tengok yang dia berkawan dengan budak yang setaraf dengannya je. Kau tahu lah kan dalam kelas kita hanya ada dua orang anak orang kenamaan. Tu pun dua-duanya dia dan Zam,” aku kehairanan sungguh.

Katrina mengangguk saja.

“Perempuan tak habis dengan bergosip! Tak der benda lain ke? Nah, surat untuk kau,” Zam yang datang dari mana pun aku tak tahu. Dia menghulurkan surat kepada ku. Jantungku dup dap dup dap.

“Surat apa? Siapa bagi?” soal ku kebingungan.

“Kau baca lah. aku blah dulu,” Zam pun terus berlalu meninggalkan aku dan Katrina. Katrina cuba menilik sampul surat tersebut. Dia menyuruh aku membacanya. Sampul surat ku buka.

Kehadapan Q,

Salam, terima kasih kerana sudi membaca surat ini. Jangan berhenti membaca. Bacalah hingga akhir. Q, mungkin awak bingung kenapa saya menulis surat ini kan? Saya pun tak tahu kenapa. Selama awak berada di sekolah ni saya hanya mampu melihat awak. Mungkin awak fikir saya sombong sebab tak pernah tegur awak dan budak-budak yang lain.

Bagi saya, tidak penting untuk menegur orang yang kita tak tahu nak cakap apa. Kerana saya takut ada yang ambil kesempatan.

Q, sebenarnya sudah lama saya pendamkan perasaan saya kepada awak. Saya cuba menolak perasaan saya. Tapi saya tak boleh. Senyuman awak dan kelakuan awak dalam kelas menjadi mimpi saya kala saya tidur.

Awak ingat lagi pasal air dutchlady tu? Maafkan saya kerana bersikap sedemikian. Bukan saya berlagak. Selepas je saya marah awak, hati saya macam tak tenang. Awak lah yang letak gelaran Mamat Twilight kat saya. Dan awak berani untuk bergurau dengan saya.

Saya ingat lagi lawak bodoh awak ketika subjek Fizik. Memang saya tak ketawa, tapi dalam hati saya bagai nak rak ketawakan lawak awak tu. Saya suka perempuan macam tu.

Q, bantu lah saya. Penuhilah kekosongan hati ini. Sebelum kita exam saya nak juga awak jadi milik saya. Q, jumpa saya selepas sekolah. Dekat taman bunga ya? Bawalah Kat kalau awak mahu. Saya akan tunggu awak sehingga awak dating tak kira hujan atau panas.

Mamat Twilight a.k.a Aril


Aku melipat surat tersebut. Cantik tulisannya. Dakwat yang digunakan pula adalah dakwat warna merah darah.

“Mamat twilight suka kat kau? Kau biar betik. Playboy tu. Jangan kau makan pujuk rayu dia beb. Kau tak payah pergi lah ya?” Katrina cuba mengusutkan fikiran ku.

Aku hanya diam membisu. Sukar aku nak buat keputusan. Pengumuman dibuat menandakan ketibaan tuan pengetua ke dewan sekolah. Mataku terpaku pada Aril. Dia tersenyum padaku. For the last time, he smiled at me. Aku cair macam ais kat kutub utara. Ucapan Tuan Pengetua tenggelam bersama angan-angan ku.


*********************************************

Sudah seminggu aku dan dia couple. Dia lah cinta pertama ku. Keikhlasannya membuatkan aku gila. Aku masih ingat dia proposed aku di taman bunga. Ramai pelajar yang melihat peristiwa itu. Ada yang bersorak. Katrina pula sudah menjauhkan diri daripada ku. Dia kata yang lelaki itu hanya ingin mainkan perasaan ku. Tapi aku tak percaya kerana selama kami berhubungan dia tidak pernah lengkang dari ku. Malah semua pelajar cemburu melihat aku bersama dia.

Aku juga sering belajar bersama dengannya. Kadang-kadang aku hilang tumpuan kerana melihat wajahnya yang tampan dan suaranya yang melemahkan ku. Dia juga kerap senyum padaku.

“Hai, menungkan apa tu? Ada problem ke?” Aril menegur ku.

Aku menggeleng dan tersenyum padanya.

“Jom, kejap lagi ada bengkel untuk subjek Kimia. Semua pelajar dah berkumpul kat dewan ilmu,” kami berdua berjalan seiringan.

Aku terpandang Katrina yang melihatku dari jauh bila ku sampai di dewan. Dia terus mengalihkan pandangannya. Kami berdua duduk di tempat belakang kerana di depan sudah penuh dengan pelajar lain.

Kelihatan seorang guru lelaki masuk ke dewan. Mungkin dia akan mengendalikan bengkel hari ni. Aril nampak begitu fokus. Aku cuba menganggu dia dengan mencuit pensil ku ke keningnya. Kami ketawa. Dia senyum padaku dan memegang tangan ku. Dia tulis I Love You Q! di atas buku notanya.

Aku tersenyum bahagia. Selama dua jam bengkel itu diadakan, kami dibenarkan untuk rehat dan ke library untuk ulang kaji. Kami berdua ke taman bunga. Hari ni aku ada bawa kek coklat yang aku buat khas untuk Aril.

Dia begitu suka dengan kek coklat ku. Aku gembira. Kami habiskan masa di sekolah dengan berada di situ.

“Aril, I love you too much and I can’t live without you,” aku menyatakannya dengan bersungguh-sungguh.

“Quraisya, I do love you too. More than you love me. I just need you. Only you,” kata-kata tersebut membuatkan aku bahagia sangat.

“Please, stay with me forever,” aku tak mahu kehilangannya. Dia dah curi hatiku.

Dia mengangguk. Kami berbual tentang banyak perkara. Kami juga menyanyi bersama-sama. Sungguh akulah orang yang paling bahagia di sekolah ni. Semua cikgu tak marahkan kami kerana Aril adalah anak orang kenamaan. Aku ingin hidup dengannya.

******************************************************

Majlis restu ilmu diadakan di sekolah. Tinggal dua hari lagi untuk pelajar-pelajar tingkatan lima bertungkus-lumus untuk menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Aku pula tidak berenggang langsung dengan Aril.

Acara bermaafan dengan semua guru diadakan, ramai pelajar yang menangis dan memohon maaf dengan guru-guru. Tak berkat ilmu kalau guru tidak memaafkan kita. Semua guru dah ku minta maaf. Mujurlah aku tidak ada membuat sebarang masalah di sekolah ini.

Mula-mula aku datang ke sekolah ni pada awal tahun aku menidakkan yang aku takkan gembira bersekolah di sini. Tapi sebaliknya aku terlalu gembira. Tambahan pula ada Aril.

Katrina memandang ku dengan pandangan yang tajam. Hubungan kami renggang. Tapi aku tak kisah sangat kerana aku ada Aril.

“Isha, Aril nak jumpa kau dekat taman bunga sekarang,” Diana memberitahuku. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke taman bunga. Aku melihat dia tersenyum. Zam dan beberapa orang kawannya yang lain juga ada di situ. Beberapa kawan wanita juga ada di situ.

“Hai semua. Aril ada apa awak nak jumpa saya? Awak dah jumpa cikgu-cikgu kita?” aku mencapai jari jemarinya yang cantik itu.

Dia tersenyum sahaja.

“Q, do you love me?” soal Aril di depan kawan-kawannya. Malu aku dibuatnya.

“Yes, I love you for a thousand years,” jawapan ku membuatkan semua yang berada di situ menepuk tangan dan ketawa. Mungkin mereka gembira melihat kami.

Zam menepuk belakang Aril dan berjabat tangan dengan Aril.

“You won this game. Here your money and your guitar. It’s limited edition. Look at here, your name Aril,” aku tak faham apa yang mereka bualkan.

Maria memeluk pinggang Aril dan melentokkan kepalanya ke bahu Aril. Apa yang perempuan ni sedang buat?

“For your information Miss Quraisha, we are playing an awesome game. Aril kena buatkan kau gila kat dia. He got RM 500 from us and a limited edition guitar with his name. Now, he win this game. Thanks for your cooperation. Aril is my boyfriend. All of girl who dating with him, semuanya toy bagi dia. So, I hope you don’t mind it sebab I pun tak kisah bila Aril bersama dengan you. Chill ok?” Maria menyatakan kesemuanya.

Hatiku bagai ditusuk dengan pedang yang tajam. Aku terduduk. Mereka semua ketawa di atas kesedihan ku. Apa salah ku sampai mereka sanggup buat aku macam ni? Air mataku laju mengalir.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada korang semua? Sedangkan aku tak pernah bercakap dengan korang. Kenapa mesti aku?” esakan ku bertambah kuat.

“Woi, Quraisha. Kau tu kena sedar yang aku dengan kau bagai langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan dan kau tak setaraf dengan kau. Kenapa mesti kau? Jangan nak buat lawak bodoh lah. kau yang cemarkan nama aku. Semua orang gelar aku mamat twilight. Apabila pelajar-pelajar sekolah ni bercakap pasal aku di facebook or twitter dorang akan gelar aku sebagai mamat twilight. Now everyone know that name. thanks sebab kau dengan kotornya cari nama kat sekolah ni. Semasa aku ada dinner dengan keluarga aku dan keluarga Dato’ Osman, anak dia panggil aku mamat twilight. They laughed at me. That was full of shamed. Kalau kau nak tahu selepas je kau bagi makan kek yang kau buat tu. Aku muntah-muntah. So jangan kau nak bermimpi lah. kau tu layak dilayan sebagai hamba jer. Tak sangka kau mudah diperbodohkan,” mereka semua ketawa dengan kuat dan meninggalkan aku sendirian.

Ya Allah, kenapa aku dilayan sebegini. Ketika aku hampir dengan peperiksaan besar. Kalau lah aku dengar cakap Katrina dulu mesti semua ni tak kan berlaku dalam hidup ku. Ya Allah maafkan aku kerana berpaling dari mu.

***************************************************

Aku bersandar di tepi dinding dewan peperiksaan. Air mataku laju mengalir. Kesemua tujuh subjek aku tak pasti akan dapat result yang terbaik. Dua lagi subjek yang amat bermakna bagiku iaitu Kimia dan Biologi.

Masa depan aku hancur. Aku masih tak dapat lupakan perbuatan mereka semua. Sekarang aku sendirian tanpa teman baikku. Aril dan Maria lalu dihadapan ku. Jelas menunjukkan yang mereka berdua gembira. Segumpal kertas dicampakkan ke atas ku. Aku membuka gumpulan tersebut.

POOR YOU!! THERE”S NO PRINCE GONNA STOP YOUR TEARS BECAUSE YOU ARE NOT CINDERELLA. GOOD LUCK FOR YOUR SPM!! LOSER!


Air mataku laju mengalir. Ada beberapa pasang mata memandang ku. Aku bangun dan berlari mendapatkan mereka berdua.

“Korang berdua memang manusia yang tiada hati perut. Bergembiralah kau di atas kesedihan ku. Suatu hari nanti kau lagi teruk dariku. Kau ingat hidup ni seperti roda. Kau akan terima balasan dari Allah suatu hari nanti. Ambil kertas ni balik. Thank you Mr. Twilight!” aku terus berlalu. Biarlah aku tanggung semua salah yang ku buat padaMu Ya Allah. Aku harap kau di pihak ku Ya Allah.

“Isha!” seseorang memanggilku. Aku menoleh ke belakang. Katrina mendekati ku.

“Kat,” suara ku lemah.

“Isya, aku mintak maaf sebab tak pedulikan kau. Aku tak tahu yang kau dah lama break dengan Aril. Aku baru je dapat tahu dari Zam yang mereka dah mempermainkan kau. Aku siap dah bagi penampar kat Zam tu. Cuma kat setan-setan yang lain belum lagi ku settle. Terus aku tolak propose si Zam tu. Isya, kau ok ke?” sikap Katrina membuatkan aku memeluk dirinya. Kuluahkan segala yang terbuku di bahunya. Aku terus menangis tanpa henti.

“Aku rindukan kau Kat. Aku terlalu rindukan kau. Maafkan aku kerana tak dengar apa yang kau cakap. Hidup aku sepi Kat. Aku malu nak berjumpa dengan kau. Masa depan aku musnah. Aku tak tahu samaada aku jawab dengan betul semua soalan,”

“Tak pe Isya. Kau boleh buat lah. jangan fikir. Past is past. Now, there are two more subjects are waiting for us next week. Malam ni kita study sama ok? Aku tidur kat rumah kau. I know you are a strong girl. Let them happy, soon they will regret,” Katrina menenangkan aku.

Ya Allah terima kasih kerana kau kembalikan persahabatan kami. Aku takkan sia-sia kan persahabatan ini. Terima kasih Allah.

Friday, November 30, 2012

CERPEN : Perempuanku






Kereta Perodua Myvi berhenti di tepi jalan. Nur Farisya keluar dari perut kereta. Dia melangkah longlai menuju ke pintu pagar sekolah. Langkah kakinya terhenti tiba-tiba. Sanggupkah dia bersabar dengan hinaan yang dilemparkan? Sukar baginya untuk meneruskan hari-harinya dengan disindir oleh pelajar-pelajar lain.

“Risya, kau buat apa tercegat kat sini? Nak ganti Abang Daud pak guard kita tu ke?” sapa Aina sahabat baiknya. Aina merupakan sahabat baiknya sejak tingkatan 1 lagi. Dia hanya mempunyai dua orang sahabat. Memang sekolahnya ramai pelajar tapi siapa yang mahu berkawan dengan dia? Bukulah yang banyak berkawan dengannya.

Perihal dia disekolah tidak diketahui ibu bapanya. Lagipun beberapa bulan lagi status sebagai pelajar secondary school akan tamat dan mungkin dia akan sambung belajar di tempat lain dengan result SPM yang memuaskan. Biarlah apa yang orang nak kata asalkan masa depannya lebih cerah dari mereka semua.

Farisya perlahan-lahan menapak masuk ke kelas. Semua pelajar di dalam kelas memandangnya. Dia hanya menunduk.

“Nampaknya Debab dah datang. Patut lah tadi rasa macam gempa bumi jer,” kata-kata itu disambut dengan gelak tawa. Riuh kelas 5 sains 1.

“Kau ni bengap ea? Ni lah orang cakap, cakap pakai otak jangan pakai kepala lutut kau tu. Kau tahu tak gempa bumi tu terhasil macam mana? Tak der kaitan pun dengan manusia yang bertubuh gempal. Dari segi geografi, gempa bumi ni terhasil di kawasan yang mempunyai gunung berapi example Indonesia. Syukur kita dilahirkan di bumi Malaysia yang tidak mempunyai gunung berapi. Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Untuk pengetahuan kau, otak udang. Allah menjadikan bencana alam kerana ingin memberi amaran kepada makhluk di muka bumi. Jadi, jangan makan banyak monosodium glutamate ya?” ibarat menembak peluru dari senapang M 15. Semua yang terdengar bait ulasan Farisya ternganga.

Farisya keluar dari kelas untuk beratur. Pertama kali Farisya mengeluarkan lavanya. Pasti buruk padahnya untuk detik-detik yang akan datang. Bersedialah Farisya dan jangan pernah mengalah.

“Woi Debab! Kau berdiri kat belakanglah. Bukannya kau tu slim. Kesian aku tengok girls tu berdiri belakang kau. Terlindung di sebalik Debab,” lelaki yang berwajah tampan itu membuatkan suasana itu bingit.

Farisya membiarkan mereka. Macam ni lah kalau manusia yang tidak sedar asal usul mereka. Janganlah bala turun menimpa ke atas umat yang tidak bersalah. Amin.

Usai berbaris di luar kelas, Farisya masuk ke dalam kelas untuk mengambil buku Fizik dan menuju ke makmal sains tulen. Walaupun dia gempal sedikit tapi dia lah yang pertama sampai ke makmal sains tulen. Kalau ada niat yang baik, Allah akan tolong kita. Niat aku ialah belajar di jalan Allah.

“Ha, Farisya! Mana classmates yang lain. Asyik kamu jer yang jadi orang pertama sampai kat sini,” tegur Cikgu Marina yang berjalan di belakang Farisya.

“Entah la cikgu. Sengaja dorang datang lambat. Saya malas nak bertekak dengan dorang. Monitor dan assistant pun sama macam dorang. Sepatutnya cikgu kasi warning kat dorang. Kita sekarang kekangan masa. Exam dah dekat,” Farisya memberi pendapat kepada cikgunya.

Puan Marina membetulkan cermin matanya. Dia mengangguk setuju dengan cadangan Farisya.

Pelajar-pelajar lain melangkah laju apabila terlihat cikgu Fizik menunggu di pintu makmal sambil memegang rotan. Hari ini pelajaran Fizik terpaksa dilambatkan untuk aktiviti senaman pagi. Ha ha ha ha

“Cikgu! Sorry ya? Kami pergi toilet tadi,” Syamil selaku ketua tingkatan memberi alasan. Nampaknya pemikirannya tak matang.

“22 orang ke yang pergi ke tandas? Kenapa? Keracunan makanan?” sindir Cikgu Marina. Semua pelajar hanya terdiam bisu. Tidak pernah Cikgu Marina memarahi mereka semua begini. Ini mesti kerja talam dua muka.

“Kamu semua masuk ke kelas dan letak buku-buku kamu kemudian keluar balik ke sini. Saya nak awak semua berlari keliling gelanggang tenis tu. Dua kali. Siapa lambat dapat extra. Now!” nyaring suara Cikgu Marina. Perghh, denda yang memang selayaknya mereka semua tu dapat. Tu lah melewat-lewatkan waktu pembelajaran sangat.

Semua pelajar hanya mengeluh. Mereka hanya mampu berserah. Orang yang bertanggungjawab atas semua ni akan kena tidak lama lagi. Hidup manusia tersebut tidak akan tenteram.

****************************************
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Damai berpusu-pusu ke dataran ilmu. Sudah menjadi kebiasaan pelajar sekolah tersebut kerana hari Isnin merupakan hari perhimpunan. Sekolah-sekolah lain sama sahaja dengan sekolah mereka. Mengadakan perhimpunan pagi untuk melaporkan sesuatu kepada pelajar-pelajar serta guru di sekolah.

Sudah 15 minit berlalu. Sekarang diadakan acara penyampaian tokoh pelajar dan pelajar harapan sekolah bagi pelajar SPM. Farisya semakin gelisah kerana nama dia akan dipanggil sebentar lagi. Dia telah berjaya menjadi pelajar harapan sekolah kerana mendapat 9A+ dalam peperiksaan percubaan.

“Baiklah, diumumkan pelajar harapan sekolah kita iaitu Nur Farisya Binti Nasir. Beliau mendapat 9A+ dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Dipersilakan adik Farisya,” suara merdu Cikgu Sarah mengejutkan farisya.

Farisya bingkas bangun dan menyusun langkah ke arah pentas. Ya Allah, tolonglah aku, doa Farisya dalam hati.

“Woi Debab! Patah lah tangga plastik yang kau pijak tu. Bunyinya pun dah keriuk. Ikut tangga simenlah, hoi!” suara jahanam dari mana entah. Semua yang berada di dewan ketawa terbahak-bahak.

Guru-guru lain hanya tersenyum manis. Tetapi di dalam hati Farisya hanya Tuhan saja yang tahu.

Beberapa minit kemudian, Farisya dan seisi dewan dikejutkan lagi dengan tokoh pelajar wanita iaitu Nur Farisya Binti Nasir. Jelas namanya disebut. 
Guru-guru yang berada di situ juga kagum dengan pencapaian Farisya. Sekali lagi Farisya perlu naik ke pentas dan dia juga mendapat satu sorakan dari pelajar lelaki.

“Boooo!!!!” sungguh memalukan.

Farisya turun dari pentas dan berlalu ke belakang pentas. Tidak semena-mena air matanya tumpah. Semakin laju membasahi pipinya yang agak berisi itu. Ya Allah, inikah nasib ku?

***********************************
Roti sandwich di dalam pinggan di pandang sepi. Ramai yang memanggilnya Debab sejak peristiwa di dataran ilmu beberapa minggu yang lalu. Dia juga sering dibuli dengan sekumpulan pelajar lelaki. Ada di antaranya pelajar kelasnya sendiri. Ketua pembuli itu sudah semestinya anak Tuan Pengetua sekolah ini. Amir Syafiq!

Farisya masih ingat kisah semalam. Dia menapak masuk ke dalam tandas sekolah ‘nature call’ lah katakan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati gambarnya yang bersaiz A4 itu tersergam indah di tepi cermin tandas. 
Gambarnya dihiasi dengan kata-kata yang amat menarik dan menyedihkan.

‘DEBAB INGIN MENJADI BIDADARI’

‘Saya sukakan Putera Amir. Oh my prince!’

‘Nombor telefon Debab : 0123456789 call me okay?”

Banyak lagi yang ditulis oleh manusia yang tidak ada akal tersebut. Pihak kaunseling dapat tahu semua itu apabila sahabat Farisya memberitahu mereka. Sukar dikesan pelajar yang telah membuli Farisya kerana rata-rata pelajar tidak mahu bekerjasama.

“Risya! Kenapa ni? Kau menungkan apa tu? Ingat pakwe eh?” Aina menyedarkan Farisya dari lamunannya.

Farisya hanya tersenyum nipis.

“Kenapa kau lama sangat? Aku penat tau tunggu kau? Cikgu Amni ke yang tak bagi korang rehat?” Farisya memulakan bicara.

“Macam biasalah siapa dapat jawab dia dapat rehat. Kau dihina lagi?” soalan yang menusuk hati Farisya. Ya sememangnya. Apakan daya, dia hanya manusia biasa. Mulutnya sukar menyatakan kebenaran. Perit sungguh zaman remajanya.

“Risya. Maafkan aku terlambat tadi. Aku tahu kau pasti sedih. Aku pun tidak tahu kenapa Hazirah tidak hadir ke sekolah hari ini. Sorry ya?” sebak dia menuturkan kata. Biasanya Farisya ditemani Hazirah. Hazirah merupakan pelajar 5 sains 3. Waktu rehatnya selalu tepat. Tidak seperti Aina. Mereka bertiga masih akrab walaupun berlainan kelas.

“Aina. Bila semua ni akan berakhir? Aku dah cuba untuk menurunkan berat badan ku tapi....” ayatnya tergantung di situ. Sukar untuk dia jelaskan perkara yang sama kepada sahabat baiknya itu. Aina faham dan memeluk Farisya.

“Kau tunggu kejap ya? Aku nak beli karipap. Aku belum breakfast lagi. Kau makanlah sandwich tu. Mesti sedap kan?” Aina bangun dan berlalu ke tempat menjual kuih-muih.

Farisya memegang roti sandwich yang dibelinya tadi. Dengan lafaz bismillah sandwich itu digigit perlahan-lahan.

“Debab, kenyang ke makan sekeping? Kau malu eh? Ni kitorang beli junk food buat kau. Bekal untuk kelas biologi jap lagi,” Amir Syafiq! Lelaki kacak dihiasi dengan mulut buaya. Lelaki yang lain hanya ketawa. Tu jer yang reti. Nak maki lebih-lebih takut kena hempuk dengan meja.

“Kau suka aku ya? Kau tahu tak awek aku menangis bila dia baca semua yang tertulis kat gambar kau tu. Siapa lah buat kerja kotor macam tu kan? Nasib baik aku bagitahu yang kau bukan taste aku kalau tak mahunya beribu duit bapak aku habis nak memujuknya,” Amir terus menghina Farisya. Tidak langsung difikirkan hati perempuan.

“Kau tahu tak Mir, Debab ni simpan gambar kau. Baik kau jaga-jaga, aku risau dia bomohkan kau jer,” memang nak kena santaulah si Kamal ni. Amir membuat mata terbeliak kononnya terkejut. Walhal dia tahu Kamal bergurau.

“Aku takut lah. Tapi kan, nak ke Tok Bomoh tu tolong dia? Mahunya roboh rumah Tok Bomoh tu,” ni sudah lebih ni. Ketawa mereka semakin galak hingga menyedarkan Aina di gerai minuman. Kurang asam lelaki jerung!

“Alhamdulillah. Syukur Allah bagi rezeki yang terlebih cukup. Korang semua dah habis cakap? Dah letih? Pesan Lukmanul Hakim kepada anaknya, jagalah percakapan mu wahai anakku, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai. Lagi baik korang pergi basahkan lidah dengan ayat suci Al-Quran. Korang tak dapat apa pun dengan menghina aku. Ni ha, junk food ni. Korang semua tak belajar ke? Makanan ni akan merosakkan kidney korang. Dalam subjek bio chapter nutrition form 4, junk food mempunyai additives such as food flavoring, colouring and preservatives. Aku harap korang tahu tentang tu, sebab nenek aku pun tahu tentang tu. Dan satu lagi, memfitnah orang ibarat membunuh orang. Jadi jangan bercakap pakai mulut tapi cakap pakai otak. Fitnah lagilah kalau nak tengok kuasa Allah. Ambil balik junk food kau ni sebelum aku baling ke muka kau,” dengan yakinnya melontar semua perkataan itu.

Semua yang berada di situ tergamam. Sungguh pedas kata-kata Farisya. Memang patut digelar tokoh pelajar.

Amir Syafiq tidak puas hati dengan Farisya. Ek’eleh dengan perempuan pun nak gaduh. Pengecut betul lah. Amir mengambil segelas air sirap yang berada di atas meja terus dihamburkan ke baju Farisya.

Satu tamparan melekat di pipi Amir.

“Jantan tak guna! Blahlah kau. Aku akan laporkan ke pihak disiplin. Sikap korang keterlaluan! Jom Risya kita ke tandas. Layan anjing-anjing ni sampai mampus pun tak habis,” Aina menarik tangan Farisya. Air mata Farisya sukar lagi dibendung.

Mereka hanya memandang gerak langkah kaki Aina dan Farisya. Benar, Amir sudah keterlaluan.  Mereka hanya mampu berharap agar Farisya tidak melaporkan tentang perbuatan mereka.

***********************************
Sudah hampir di ambang SPM. Pelajar-pelajar tingkatan lima mula sibuk belajar. Ada yang sanggup ke kelas tuisyen dan ada yang sanggup berjaga malam untuk belajar. Farisya sekarang sudah mengamal diet yang sihat. 
Makanan yang berkhasiat menjadi pilihan utamanya. Dia tidak menekankan 
pada buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja, dia banyak menekankan protein. 

Hal ini kerana protein amat diperlukan untuk tumbesaran. Karbohidrat pula di ambil sekali seminggu sahaja. Benar orang kata makan karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Tetapi, sekiranya karbohidrat tidak ada, lemak akan dipecahkan dan digunakan sebagai tenaga. Hal ini disebabkan lemak, karbohidrat dan protein terdiri daripada tiga komponen unsur yang sama iaitu karbon, hidrogen dan oksigen. Fakta ini dipelajari dari subjek biologi.

“Risya, jom pergi library nak? Kita main scrabble,” Hazirah mengajak Farisya kerana guru-guru ada mesyuarat.

Farisya menutup buku kimianya. Dia mengangguk setuju dan mengambil MP3. Mereka berdua berlalu ke perpustakaan.

Aina pun berada di perpustakaan. Mereka berdua melangkah masuk setelah membuka kasut dan meletakkan di tempat yang disediakan.

Ramai juga pelajar di dalam perpustakaan. Rata-ratanya pelajar tingkatan lima. Macam biasalah, belajar.

“Ramai gila manusia kat sini. Kau dah susun ke semua words tu? Kita bertiga aje ke?” soal Hazirah setelah sampai ke meja yang sudah ditanda oleh Aina.

“Habis nak main berapa orang? Ni main scrabble lah bukannya futsal,” ujar Aina.

Mereka mengambil tempat masing-masing. Permainan scrabble bermula.

Hampir 20 minit mereka bermain. Kadang-kadang ada juga rungutan yang keluar. Mereka bergembira dan tidak mempedulikan pandangan orang lain. 
Macam perpustakaan sendiri jer.

Amir dan kawan-kawannya masuk ke dalam perpustakaan. Akhirnya dia menjumpai Farisya. Sudah seminggu dia tidak membuli Farisya. Dia menjadi rindu untuk melihat Farisya. Di dalam kelas Farisya selalu membaca buku dan sukar untuknya melihat Farisya kerana Farisya berada di bahagian belakang. 
Dia juga yang mencadangkan kepada guru kelas untuk menempatkan Farisya di belakang kelas.

Langkah kakinya laju menuju ke arah Farisya. Farisya dan rakan-rakannya tidak sedar akan kehadiran musuh mereka.

“Risya! Aku nak cakap sikit boleh tak?” Amir mengejutkan Farisya dan rakan-rakannya.

Mereka bertiga tergamam dengan teguran oleh musuh mereka.

“Kau nak apa? Cakap kat sini lah. Depan kami semua,” Aina bersuara. Dia ingin mempertahankan Farisya.

Amir mengeluh berat.

“Aku nak mintak maaf. Aku tahu aku lah yang kerap menyakiti kau. Dah seminggu aku cuba untuk tidak menyakiti kau lagi. Tapi aku rasa lain sangat. Aku harap kau maafkan aku ya?” jujur bibirnya melafazkan maaf.

Farisya hanya berkelip memandang Amir. Biar betul mamat ni. Dia hanya mendiamkan diri. Mempertimbangkan keputusan untuk memaafkan Amir atau tidak?

Amir tidak senang melihat Farisya mendiamkan diri. Dia terpandangkan pin-pin huruf scrabble di rak Aina. R.Y.A.O.S.I.K. Matanya segera memandang papan scrabble. Huruf R masih belum lengkap. Dia ada idea.

“Kau ni nak main-mainkan dia lagi ke?” Aina membuka bicara. Risau untuk mempercayai musuh ketatnya.

“Risya, sincerely from my heart. I need your forgiveness. I keep thinking about you,” Amir merayu pada Farisya.

Farisya hanya menjongketkan bahunya.

“Farisya, tengok ni,” Amir mengarahkan Farisya supaya melihat dia menyusun pin-pin huruf di atas papan scrabble.

SORRY

Amir telah melengkapkan huruf R. Aina tersenyum melihat Amir. Mungkin dia betul-betul perlukan kemaafan daripada Farisya.

“Baiklah. Aku maafkan kau. Sekarang kau dan kawan-kawan kau boleh berambus dari sini. Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku,” laju Farisya menuturkan kata.

“Saya ada satu pengakuan. Saya sukakan awak. Saya rindukan awak,”
What the heck? Gila ke Amir ni.

“Apa?? Aku dah agak dah. Korang semua mesti dah plan semua ni. Sebelum aku menjerit panggil prefect baik korang blah dari sini,” marah Farisya. Dia sudah mampu melawan makhluk-makhluk yang jahat ni.

“Baiklah, Risya. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh sukakan awak. Awak selalu buat saya tersenyum. Walaupun awak bertubuh besar sedikit tapi saya lihat awak berubah sikit. Dan senyuman awak manis sangat dihiasi pula lesung pipit. Sejak peristiwa hari tu, saya tak dapat padamkan awak dari ingatan saya,” ikhlas dia mengucap kata-katanya.

“Dah lah korang. Tak perlulah buat drama kat sini. Aku tak nak menganggu orang lain  yang tengah study tu. Tolonglah, aku penat dengan permainan korang semua,” Farisya mengambil buku notanya dan berlalu sambil menarik Aina. Dia sudah lali dengan jerangkap samar musuh mereka. Tidak perlu dia diperbodohkan lagi.

***********************************
ENAM BULAN KEMUDIAN

Hari ini majlis reunion pelajar-pelajar 5 sains akan diadakan. Ramai pelajar yang mendapat cemerlang dalam SPM baru-baru ini. Farisya juga telah berjaya mengekalkan prestasinya. Berkat usahanya sebelum ini. Aina dan Hazirah juga mendapat keputusan yang memuaskan.

Farisya mengenakan blaus merah jambu dan seluar hitam. Dia tampak anggun dengan memakai blaus merah jambu. Dia sudah tidak gempal seperti dulu. 
Sungguh cantik dia sekarang.

Kunci kereta Myvi miliknya yang dihadiahi oleh ayahnya diambil. Hadiah untuk keputusan cemerlang SPM baru-baru ini.

Hampir 15 minit dia memandu keretanya. Akhirnya dia tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Damai. Majlis reunion diadakan di dewan sekolah. Majlis berlangsung pada sebelah malam. Aina dan Hazirah juga berada di dewan tersebut.

Langkah kakinya diatur dengan tersusun.

“Wah, semakin cantik kau sekarang. Terpegun aku,” Hazirah menegur Farisya.

“Eleh, bodek jer kau reti. Shall we?” Farisya memaut lengan kawan-kawannya yang mengapit dirinya. Mereka tersenyum riang.

Amir tampak sedih ketika berada di belakang pentas. Baru sahaja tadi dia terpandang Farisya. Sehingga kini dia masih mencintai perempuan itu.

Alunan muzik kedengaran di Dewan Ilmu. Amir mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pengacara majlis pada malam ini.

Farisya menyuakan kek ke mulut Aina. Manja sungguh mereka bertiga. Semua orang terkejut melihat perubahan pada diri Farisya.

“Risya, kejap lagi ada karaoke tahu tak? Kau tak nak test suara ke?” Aina teruja dengan aktiviti majlis.

“Gila kau. Malu aku. Kalau kau nak, kau pergilah. Jangan libatkan aku,” dia menggoyangkan tangannya.

“Baiklah rakan-rakan sekalian. Mari kita dengar satu lagu dari prince charming kita. Beliau ingin menujukan lagu ini untuk seseorang. Mari kita dengarkan bersama-sama,” pengacara majlis mencelah ketika muzik dihentikan.

Amir keluar dengan gitarnya. Semua yang berada di situ bersorak.

“Hye semua. Happy to meet all of you again. Lagu ini khas buat perempuanku, Nur Farisya Nasir. Terimalah, Perempuanku” Amir mengejutkan semua yang berada di dewan dengan nama yang baru saja disebut.

Amir  memulakan nyanyiannya. Dia menggunakan gitar sebagai muzik.

Biarkan aku di sini untukmu
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yg pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku

Biarkan di sini aku bernyanyi
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyummu tulus dan jujur
Hanya untukku

Farisya khusyuk mendengar nyanyian Amir. Suaranya amat merdu. Farisya tidak tahu apa yang patut dia buat.

Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu

“Risya. Saya harap awak terima saya dan jadi kekasih hati saya untuk hari ini dan selamanya,” Amir menuturkan kata selepas menghabiskan lagunya.

Semua mata memandang Farisya.

Amir melangkah mendekati Farisya. Sudah tidak tertahan rindunya pada gadis yang dulu digelar ‘Debab’.

“Risya, saya sangat mencintai awak. Tolonglah, hidup saya tidak tenteram memikirkan awak. Saya harap awak......” belum sempat Amir menghabiskan kata-katanya Farisya mencelah.

“Saya cintakan awak juga,” lancar dia melafazkan kata keramat tersebut.
Amir ingin memeluk Farisya.

“Jangan jadi gilalah! Nak kena lempang ke?” marah Farisya. Tak sopan betul Amir ni.

Amir tersenyum. Akhirnya, penantiannya selama empat bulan tidak sia-sia. Dia berjanji akan menyayangi Farisya dan menikahi Farisya setelah dia dan Farisya tamat belajar.

Semua yang berada di dewan memberi tepukan dan sorakan kepada mereka berdua. Moga perjalanan mereka berdua akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan. 

Doa mereka supaya Allah memanjangkan jodoh mereka hingga ke syurga. Setiap yang Allah ciptakan di dunia ini ada hikmahnya dan Allah tidak menzalimi kita.