Friday, November 30, 2012

CERPEN : Perempuanku






Kereta Perodua Myvi berhenti di tepi jalan. Nur Farisya keluar dari perut kereta. Dia melangkah longlai menuju ke pintu pagar sekolah. Langkah kakinya terhenti tiba-tiba. Sanggupkah dia bersabar dengan hinaan yang dilemparkan? Sukar baginya untuk meneruskan hari-harinya dengan disindir oleh pelajar-pelajar lain.

“Risya, kau buat apa tercegat kat sini? Nak ganti Abang Daud pak guard kita tu ke?” sapa Aina sahabat baiknya. Aina merupakan sahabat baiknya sejak tingkatan 1 lagi. Dia hanya mempunyai dua orang sahabat. Memang sekolahnya ramai pelajar tapi siapa yang mahu berkawan dengan dia? Bukulah yang banyak berkawan dengannya.

Perihal dia disekolah tidak diketahui ibu bapanya. Lagipun beberapa bulan lagi status sebagai pelajar secondary school akan tamat dan mungkin dia akan sambung belajar di tempat lain dengan result SPM yang memuaskan. Biarlah apa yang orang nak kata asalkan masa depannya lebih cerah dari mereka semua.

Farisya perlahan-lahan menapak masuk ke kelas. Semua pelajar di dalam kelas memandangnya. Dia hanya menunduk.

“Nampaknya Debab dah datang. Patut lah tadi rasa macam gempa bumi jer,” kata-kata itu disambut dengan gelak tawa. Riuh kelas 5 sains 1.

“Kau ni bengap ea? Ni lah orang cakap, cakap pakai otak jangan pakai kepala lutut kau tu. Kau tahu tak gempa bumi tu terhasil macam mana? Tak der kaitan pun dengan manusia yang bertubuh gempal. Dari segi geografi, gempa bumi ni terhasil di kawasan yang mempunyai gunung berapi example Indonesia. Syukur kita dilahirkan di bumi Malaysia yang tidak mempunyai gunung berapi. Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Untuk pengetahuan kau, otak udang. Allah menjadikan bencana alam kerana ingin memberi amaran kepada makhluk di muka bumi. Jadi, jangan makan banyak monosodium glutamate ya?” ibarat menembak peluru dari senapang M 15. Semua yang terdengar bait ulasan Farisya ternganga.

Farisya keluar dari kelas untuk beratur. Pertama kali Farisya mengeluarkan lavanya. Pasti buruk padahnya untuk detik-detik yang akan datang. Bersedialah Farisya dan jangan pernah mengalah.

“Woi Debab! Kau berdiri kat belakanglah. Bukannya kau tu slim. Kesian aku tengok girls tu berdiri belakang kau. Terlindung di sebalik Debab,” lelaki yang berwajah tampan itu membuatkan suasana itu bingit.

Farisya membiarkan mereka. Macam ni lah kalau manusia yang tidak sedar asal usul mereka. Janganlah bala turun menimpa ke atas umat yang tidak bersalah. Amin.

Usai berbaris di luar kelas, Farisya masuk ke dalam kelas untuk mengambil buku Fizik dan menuju ke makmal sains tulen. Walaupun dia gempal sedikit tapi dia lah yang pertama sampai ke makmal sains tulen. Kalau ada niat yang baik, Allah akan tolong kita. Niat aku ialah belajar di jalan Allah.

“Ha, Farisya! Mana classmates yang lain. Asyik kamu jer yang jadi orang pertama sampai kat sini,” tegur Cikgu Marina yang berjalan di belakang Farisya.

“Entah la cikgu. Sengaja dorang datang lambat. Saya malas nak bertekak dengan dorang. Monitor dan assistant pun sama macam dorang. Sepatutnya cikgu kasi warning kat dorang. Kita sekarang kekangan masa. Exam dah dekat,” Farisya memberi pendapat kepada cikgunya.

Puan Marina membetulkan cermin matanya. Dia mengangguk setuju dengan cadangan Farisya.

Pelajar-pelajar lain melangkah laju apabila terlihat cikgu Fizik menunggu di pintu makmal sambil memegang rotan. Hari ini pelajaran Fizik terpaksa dilambatkan untuk aktiviti senaman pagi. Ha ha ha ha

“Cikgu! Sorry ya? Kami pergi toilet tadi,” Syamil selaku ketua tingkatan memberi alasan. Nampaknya pemikirannya tak matang.

“22 orang ke yang pergi ke tandas? Kenapa? Keracunan makanan?” sindir Cikgu Marina. Semua pelajar hanya terdiam bisu. Tidak pernah Cikgu Marina memarahi mereka semua begini. Ini mesti kerja talam dua muka.

“Kamu semua masuk ke kelas dan letak buku-buku kamu kemudian keluar balik ke sini. Saya nak awak semua berlari keliling gelanggang tenis tu. Dua kali. Siapa lambat dapat extra. Now!” nyaring suara Cikgu Marina. Perghh, denda yang memang selayaknya mereka semua tu dapat. Tu lah melewat-lewatkan waktu pembelajaran sangat.

Semua pelajar hanya mengeluh. Mereka hanya mampu berserah. Orang yang bertanggungjawab atas semua ni akan kena tidak lama lagi. Hidup manusia tersebut tidak akan tenteram.

****************************************
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Damai berpusu-pusu ke dataran ilmu. Sudah menjadi kebiasaan pelajar sekolah tersebut kerana hari Isnin merupakan hari perhimpunan. Sekolah-sekolah lain sama sahaja dengan sekolah mereka. Mengadakan perhimpunan pagi untuk melaporkan sesuatu kepada pelajar-pelajar serta guru di sekolah.

Sudah 15 minit berlalu. Sekarang diadakan acara penyampaian tokoh pelajar dan pelajar harapan sekolah bagi pelajar SPM. Farisya semakin gelisah kerana nama dia akan dipanggil sebentar lagi. Dia telah berjaya menjadi pelajar harapan sekolah kerana mendapat 9A+ dalam peperiksaan percubaan.

“Baiklah, diumumkan pelajar harapan sekolah kita iaitu Nur Farisya Binti Nasir. Beliau mendapat 9A+ dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Dipersilakan adik Farisya,” suara merdu Cikgu Sarah mengejutkan farisya.

Farisya bingkas bangun dan menyusun langkah ke arah pentas. Ya Allah, tolonglah aku, doa Farisya dalam hati.

“Woi Debab! Patah lah tangga plastik yang kau pijak tu. Bunyinya pun dah keriuk. Ikut tangga simenlah, hoi!” suara jahanam dari mana entah. Semua yang berada di dewan ketawa terbahak-bahak.

Guru-guru lain hanya tersenyum manis. Tetapi di dalam hati Farisya hanya Tuhan saja yang tahu.

Beberapa minit kemudian, Farisya dan seisi dewan dikejutkan lagi dengan tokoh pelajar wanita iaitu Nur Farisya Binti Nasir. Jelas namanya disebut. 
Guru-guru yang berada di situ juga kagum dengan pencapaian Farisya. Sekali lagi Farisya perlu naik ke pentas dan dia juga mendapat satu sorakan dari pelajar lelaki.

“Boooo!!!!” sungguh memalukan.

Farisya turun dari pentas dan berlalu ke belakang pentas. Tidak semena-mena air matanya tumpah. Semakin laju membasahi pipinya yang agak berisi itu. Ya Allah, inikah nasib ku?

***********************************
Roti sandwich di dalam pinggan di pandang sepi. Ramai yang memanggilnya Debab sejak peristiwa di dataran ilmu beberapa minggu yang lalu. Dia juga sering dibuli dengan sekumpulan pelajar lelaki. Ada di antaranya pelajar kelasnya sendiri. Ketua pembuli itu sudah semestinya anak Tuan Pengetua sekolah ini. Amir Syafiq!

Farisya masih ingat kisah semalam. Dia menapak masuk ke dalam tandas sekolah ‘nature call’ lah katakan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati gambarnya yang bersaiz A4 itu tersergam indah di tepi cermin tandas. 
Gambarnya dihiasi dengan kata-kata yang amat menarik dan menyedihkan.

‘DEBAB INGIN MENJADI BIDADARI’

‘Saya sukakan Putera Amir. Oh my prince!’

‘Nombor telefon Debab : 0123456789 call me okay?”

Banyak lagi yang ditulis oleh manusia yang tidak ada akal tersebut. Pihak kaunseling dapat tahu semua itu apabila sahabat Farisya memberitahu mereka. Sukar dikesan pelajar yang telah membuli Farisya kerana rata-rata pelajar tidak mahu bekerjasama.

“Risya! Kenapa ni? Kau menungkan apa tu? Ingat pakwe eh?” Aina menyedarkan Farisya dari lamunannya.

Farisya hanya tersenyum nipis.

“Kenapa kau lama sangat? Aku penat tau tunggu kau? Cikgu Amni ke yang tak bagi korang rehat?” Farisya memulakan bicara.

“Macam biasalah siapa dapat jawab dia dapat rehat. Kau dihina lagi?” soalan yang menusuk hati Farisya. Ya sememangnya. Apakan daya, dia hanya manusia biasa. Mulutnya sukar menyatakan kebenaran. Perit sungguh zaman remajanya.

“Risya. Maafkan aku terlambat tadi. Aku tahu kau pasti sedih. Aku pun tidak tahu kenapa Hazirah tidak hadir ke sekolah hari ini. Sorry ya?” sebak dia menuturkan kata. Biasanya Farisya ditemani Hazirah. Hazirah merupakan pelajar 5 sains 3. Waktu rehatnya selalu tepat. Tidak seperti Aina. Mereka bertiga masih akrab walaupun berlainan kelas.

“Aina. Bila semua ni akan berakhir? Aku dah cuba untuk menurunkan berat badan ku tapi....” ayatnya tergantung di situ. Sukar untuk dia jelaskan perkara yang sama kepada sahabat baiknya itu. Aina faham dan memeluk Farisya.

“Kau tunggu kejap ya? Aku nak beli karipap. Aku belum breakfast lagi. Kau makanlah sandwich tu. Mesti sedap kan?” Aina bangun dan berlalu ke tempat menjual kuih-muih.

Farisya memegang roti sandwich yang dibelinya tadi. Dengan lafaz bismillah sandwich itu digigit perlahan-lahan.

“Debab, kenyang ke makan sekeping? Kau malu eh? Ni kitorang beli junk food buat kau. Bekal untuk kelas biologi jap lagi,” Amir Syafiq! Lelaki kacak dihiasi dengan mulut buaya. Lelaki yang lain hanya ketawa. Tu jer yang reti. Nak maki lebih-lebih takut kena hempuk dengan meja.

“Kau suka aku ya? Kau tahu tak awek aku menangis bila dia baca semua yang tertulis kat gambar kau tu. Siapa lah buat kerja kotor macam tu kan? Nasib baik aku bagitahu yang kau bukan taste aku kalau tak mahunya beribu duit bapak aku habis nak memujuknya,” Amir terus menghina Farisya. Tidak langsung difikirkan hati perempuan.

“Kau tahu tak Mir, Debab ni simpan gambar kau. Baik kau jaga-jaga, aku risau dia bomohkan kau jer,” memang nak kena santaulah si Kamal ni. Amir membuat mata terbeliak kononnya terkejut. Walhal dia tahu Kamal bergurau.

“Aku takut lah. Tapi kan, nak ke Tok Bomoh tu tolong dia? Mahunya roboh rumah Tok Bomoh tu,” ni sudah lebih ni. Ketawa mereka semakin galak hingga menyedarkan Aina di gerai minuman. Kurang asam lelaki jerung!

“Alhamdulillah. Syukur Allah bagi rezeki yang terlebih cukup. Korang semua dah habis cakap? Dah letih? Pesan Lukmanul Hakim kepada anaknya, jagalah percakapan mu wahai anakku, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai. Lagi baik korang pergi basahkan lidah dengan ayat suci Al-Quran. Korang tak dapat apa pun dengan menghina aku. Ni ha, junk food ni. Korang semua tak belajar ke? Makanan ni akan merosakkan kidney korang. Dalam subjek bio chapter nutrition form 4, junk food mempunyai additives such as food flavoring, colouring and preservatives. Aku harap korang tahu tentang tu, sebab nenek aku pun tahu tentang tu. Dan satu lagi, memfitnah orang ibarat membunuh orang. Jadi jangan bercakap pakai mulut tapi cakap pakai otak. Fitnah lagilah kalau nak tengok kuasa Allah. Ambil balik junk food kau ni sebelum aku baling ke muka kau,” dengan yakinnya melontar semua perkataan itu.

Semua yang berada di situ tergamam. Sungguh pedas kata-kata Farisya. Memang patut digelar tokoh pelajar.

Amir Syafiq tidak puas hati dengan Farisya. Ek’eleh dengan perempuan pun nak gaduh. Pengecut betul lah. Amir mengambil segelas air sirap yang berada di atas meja terus dihamburkan ke baju Farisya.

Satu tamparan melekat di pipi Amir.

“Jantan tak guna! Blahlah kau. Aku akan laporkan ke pihak disiplin. Sikap korang keterlaluan! Jom Risya kita ke tandas. Layan anjing-anjing ni sampai mampus pun tak habis,” Aina menarik tangan Farisya. Air mata Farisya sukar lagi dibendung.

Mereka hanya memandang gerak langkah kaki Aina dan Farisya. Benar, Amir sudah keterlaluan.  Mereka hanya mampu berharap agar Farisya tidak melaporkan tentang perbuatan mereka.

***********************************
Sudah hampir di ambang SPM. Pelajar-pelajar tingkatan lima mula sibuk belajar. Ada yang sanggup ke kelas tuisyen dan ada yang sanggup berjaga malam untuk belajar. Farisya sekarang sudah mengamal diet yang sihat. 
Makanan yang berkhasiat menjadi pilihan utamanya. Dia tidak menekankan 
pada buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja, dia banyak menekankan protein. 

Hal ini kerana protein amat diperlukan untuk tumbesaran. Karbohidrat pula di ambil sekali seminggu sahaja. Benar orang kata makan karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Tetapi, sekiranya karbohidrat tidak ada, lemak akan dipecahkan dan digunakan sebagai tenaga. Hal ini disebabkan lemak, karbohidrat dan protein terdiri daripada tiga komponen unsur yang sama iaitu karbon, hidrogen dan oksigen. Fakta ini dipelajari dari subjek biologi.

“Risya, jom pergi library nak? Kita main scrabble,” Hazirah mengajak Farisya kerana guru-guru ada mesyuarat.

Farisya menutup buku kimianya. Dia mengangguk setuju dan mengambil MP3. Mereka berdua berlalu ke perpustakaan.

Aina pun berada di perpustakaan. Mereka berdua melangkah masuk setelah membuka kasut dan meletakkan di tempat yang disediakan.

Ramai juga pelajar di dalam perpustakaan. Rata-ratanya pelajar tingkatan lima. Macam biasalah, belajar.

“Ramai gila manusia kat sini. Kau dah susun ke semua words tu? Kita bertiga aje ke?” soal Hazirah setelah sampai ke meja yang sudah ditanda oleh Aina.

“Habis nak main berapa orang? Ni main scrabble lah bukannya futsal,” ujar Aina.

Mereka mengambil tempat masing-masing. Permainan scrabble bermula.

Hampir 20 minit mereka bermain. Kadang-kadang ada juga rungutan yang keluar. Mereka bergembira dan tidak mempedulikan pandangan orang lain. 
Macam perpustakaan sendiri jer.

Amir dan kawan-kawannya masuk ke dalam perpustakaan. Akhirnya dia menjumpai Farisya. Sudah seminggu dia tidak membuli Farisya. Dia menjadi rindu untuk melihat Farisya. Di dalam kelas Farisya selalu membaca buku dan sukar untuknya melihat Farisya kerana Farisya berada di bahagian belakang. 
Dia juga yang mencadangkan kepada guru kelas untuk menempatkan Farisya di belakang kelas.

Langkah kakinya laju menuju ke arah Farisya. Farisya dan rakan-rakannya tidak sedar akan kehadiran musuh mereka.

“Risya! Aku nak cakap sikit boleh tak?” Amir mengejutkan Farisya dan rakan-rakannya.

Mereka bertiga tergamam dengan teguran oleh musuh mereka.

“Kau nak apa? Cakap kat sini lah. Depan kami semua,” Aina bersuara. Dia ingin mempertahankan Farisya.

Amir mengeluh berat.

“Aku nak mintak maaf. Aku tahu aku lah yang kerap menyakiti kau. Dah seminggu aku cuba untuk tidak menyakiti kau lagi. Tapi aku rasa lain sangat. Aku harap kau maafkan aku ya?” jujur bibirnya melafazkan maaf.

Farisya hanya berkelip memandang Amir. Biar betul mamat ni. Dia hanya mendiamkan diri. Mempertimbangkan keputusan untuk memaafkan Amir atau tidak?

Amir tidak senang melihat Farisya mendiamkan diri. Dia terpandangkan pin-pin huruf scrabble di rak Aina. R.Y.A.O.S.I.K. Matanya segera memandang papan scrabble. Huruf R masih belum lengkap. Dia ada idea.

“Kau ni nak main-mainkan dia lagi ke?” Aina membuka bicara. Risau untuk mempercayai musuh ketatnya.

“Risya, sincerely from my heart. I need your forgiveness. I keep thinking about you,” Amir merayu pada Farisya.

Farisya hanya menjongketkan bahunya.

“Farisya, tengok ni,” Amir mengarahkan Farisya supaya melihat dia menyusun pin-pin huruf di atas papan scrabble.

SORRY

Amir telah melengkapkan huruf R. Aina tersenyum melihat Amir. Mungkin dia betul-betul perlukan kemaafan daripada Farisya.

“Baiklah. Aku maafkan kau. Sekarang kau dan kawan-kawan kau boleh berambus dari sini. Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku,” laju Farisya menuturkan kata.

“Saya ada satu pengakuan. Saya sukakan awak. Saya rindukan awak,”
What the heck? Gila ke Amir ni.

“Apa?? Aku dah agak dah. Korang semua mesti dah plan semua ni. Sebelum aku menjerit panggil prefect baik korang blah dari sini,” marah Farisya. Dia sudah mampu melawan makhluk-makhluk yang jahat ni.

“Baiklah, Risya. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh sukakan awak. Awak selalu buat saya tersenyum. Walaupun awak bertubuh besar sedikit tapi saya lihat awak berubah sikit. Dan senyuman awak manis sangat dihiasi pula lesung pipit. Sejak peristiwa hari tu, saya tak dapat padamkan awak dari ingatan saya,” ikhlas dia mengucap kata-katanya.

“Dah lah korang. Tak perlulah buat drama kat sini. Aku tak nak menganggu orang lain  yang tengah study tu. Tolonglah, aku penat dengan permainan korang semua,” Farisya mengambil buku notanya dan berlalu sambil menarik Aina. Dia sudah lali dengan jerangkap samar musuh mereka. Tidak perlu dia diperbodohkan lagi.

***********************************
ENAM BULAN KEMUDIAN

Hari ini majlis reunion pelajar-pelajar 5 sains akan diadakan. Ramai pelajar yang mendapat cemerlang dalam SPM baru-baru ini. Farisya juga telah berjaya mengekalkan prestasinya. Berkat usahanya sebelum ini. Aina dan Hazirah juga mendapat keputusan yang memuaskan.

Farisya mengenakan blaus merah jambu dan seluar hitam. Dia tampak anggun dengan memakai blaus merah jambu. Dia sudah tidak gempal seperti dulu. 
Sungguh cantik dia sekarang.

Kunci kereta Myvi miliknya yang dihadiahi oleh ayahnya diambil. Hadiah untuk keputusan cemerlang SPM baru-baru ini.

Hampir 15 minit dia memandu keretanya. Akhirnya dia tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Damai. Majlis reunion diadakan di dewan sekolah. Majlis berlangsung pada sebelah malam. Aina dan Hazirah juga berada di dewan tersebut.

Langkah kakinya diatur dengan tersusun.

“Wah, semakin cantik kau sekarang. Terpegun aku,” Hazirah menegur Farisya.

“Eleh, bodek jer kau reti. Shall we?” Farisya memaut lengan kawan-kawannya yang mengapit dirinya. Mereka tersenyum riang.

Amir tampak sedih ketika berada di belakang pentas. Baru sahaja tadi dia terpandang Farisya. Sehingga kini dia masih mencintai perempuan itu.

Alunan muzik kedengaran di Dewan Ilmu. Amir mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pengacara majlis pada malam ini.

Farisya menyuakan kek ke mulut Aina. Manja sungguh mereka bertiga. Semua orang terkejut melihat perubahan pada diri Farisya.

“Risya, kejap lagi ada karaoke tahu tak? Kau tak nak test suara ke?” Aina teruja dengan aktiviti majlis.

“Gila kau. Malu aku. Kalau kau nak, kau pergilah. Jangan libatkan aku,” dia menggoyangkan tangannya.

“Baiklah rakan-rakan sekalian. Mari kita dengar satu lagu dari prince charming kita. Beliau ingin menujukan lagu ini untuk seseorang. Mari kita dengarkan bersama-sama,” pengacara majlis mencelah ketika muzik dihentikan.

Amir keluar dengan gitarnya. Semua yang berada di situ bersorak.

“Hye semua. Happy to meet all of you again. Lagu ini khas buat perempuanku, Nur Farisya Nasir. Terimalah, Perempuanku” Amir mengejutkan semua yang berada di dewan dengan nama yang baru saja disebut.

Amir  memulakan nyanyiannya. Dia menggunakan gitar sebagai muzik.

Biarkan aku di sini untukmu
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yg pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku

Biarkan di sini aku bernyanyi
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyummu tulus dan jujur
Hanya untukku

Farisya khusyuk mendengar nyanyian Amir. Suaranya amat merdu. Farisya tidak tahu apa yang patut dia buat.

Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu

“Risya. Saya harap awak terima saya dan jadi kekasih hati saya untuk hari ini dan selamanya,” Amir menuturkan kata selepas menghabiskan lagunya.

Semua mata memandang Farisya.

Amir melangkah mendekati Farisya. Sudah tidak tertahan rindunya pada gadis yang dulu digelar ‘Debab’.

“Risya, saya sangat mencintai awak. Tolonglah, hidup saya tidak tenteram memikirkan awak. Saya harap awak......” belum sempat Amir menghabiskan kata-katanya Farisya mencelah.

“Saya cintakan awak juga,” lancar dia melafazkan kata keramat tersebut.
Amir ingin memeluk Farisya.

“Jangan jadi gilalah! Nak kena lempang ke?” marah Farisya. Tak sopan betul Amir ni.

Amir tersenyum. Akhirnya, penantiannya selama empat bulan tidak sia-sia. Dia berjanji akan menyayangi Farisya dan menikahi Farisya setelah dia dan Farisya tamat belajar.

Semua yang berada di dewan memberi tepukan dan sorakan kepada mereka berdua. Moga perjalanan mereka berdua akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan. 

Doa mereka supaya Allah memanjangkan jodoh mereka hingga ke syurga. Setiap yang Allah ciptakan di dunia ini ada hikmahnya dan Allah tidak menzalimi kita.

No comments:

Post a Comment