Saturday, December 1, 2012

CERPEN : I LOVE YOU MR. TWILIGHT part 2




Aku membuka mata apabila matahari menjamah pipiku. Jam loceng di meja katil ku capai. Jam 10 pagi. Ya Allah lamanya aku tidur. Nasib baik aku period kalau tak memang dapat dosa free lah aku hari ni.

Tuala mandi ku capai dan aku segera berlalu ke bilik mandi. Sudah tujuh tahun aku meninggalkan zaman remaja ku. Banyak kisah suka dan duka yang aku tempuhi. Itulah kehidupan. Ada naik dan turunnya.

Siap sahaja berpakaian aku turun ke dapur. Suara riuh rendah di dapur amat membingitkan. Semua adik beradik ku pulang dan berkumpul di rumah.

“Awal bangun. Ingat petang karang baru bangun,” Along menegurku. Sibuk je lah.

“Mama, banyak nya makanan. Macam nak buat kenduri pulak,” seloroh ku.

“Kenduri kau lah dik. Tinggal kau je yang tak kahwin lagi. Aku ni dah ada dua orang anak,” Abang Cik menyampuk membuatkan semua manusia dalam rumah ketawa jahat. Termasuklah anak-anak saudara ku.

“Kau nampak pisau ni. Kalau aku baling kat kau ni, malam ni orang kat taman ni makan percuma. Kau jangan main-main Achik. Aku ada pingat dalam membaling pisau dan bermain pedang,” Achik tertelan liur. Tahu pun takut.

Mama hanya menggeleng kepala. Dia sudah masak dengan perangai kami empat beradik.

Aku mencuci tanganku setelah selesai makan. Aku ke ruang tamu untuk bersama dengan famili ku. Nampak macam ada topik hangat yang diperdebatkan antara mereka semua.

“Borak pasal apa ni?” aku mencelah.

“Pasal kau lah. Kan kau nak kahwin,” Achik tak habis dengan lawak yang tak kelakar tu. Please lah.

“Boleh tak diam untuk sesaat. Sibuk lah kau ni. Dah tua bangka pun nak bergaduh dengan aku lagi. Karang aku fire kau habis-habisan baru bisu kau 40 hari 40 malam,” geram betul aku dengan Achik ni.

“Dah lah tu Achik, Adik. Karang mama yang fire korang baru tahu. Ni adik, mama ada nak beritahu adik ni. Kalau adik tak nak pun tak pe, mama tak halang sebab ni untuk diri adik dan masa depan adik,” serius bunyinya. Macam krisis Negara je. Huhuhu, seram.

“Kawan lama mama, dia nak cari isteri untuk anak bongsunya. Kalau boleh dia tak nak lah buat step by step. Dia nak straight. Nak nikah terus. Anaknya sekarang baru habis belajar dari luar negara. dia suruh mama tolong cari buat dia sebab dia kata semua anak-anak mama yang lelaki tu mama yang carikan menantu. Baik-baik dan tak macam menantu orang lain. Malah cantik pulak tu. Mama pun segan jugak nak tolong carikan menantu untuk dia. Takut tersalah pilih. Bila je dia nampak gambar kamu kat dinding dia terus tanya mama gambar siapa. Mama cakap lah anak bongsu mama. Dia pun tanya pasal kamu. Banyak lah soalan. Last-last dia kata dia berkenan dengan kamu. Dia kata yang kamu ni mampu jadi menantu yang baik kerana datang dari keluarga yang baik dan didikan agama pun sempurna. Dia kata yang kamu mampu ubah anak bongsu dia. Mama tak dapat nak bagi kata putus sebab semuanya di tangan adik,” panjang dan padat kata-kata mama.

Jadi Achik tak bergurau lah tadi tu. Adoi, kahwin? Awal lagi ni. Aku baru je habis belajar.

“Dik kau tak nak pun tak pe. Tak payah lah kau nak fikir. Kalau kau dah ada pakwe terus terang lah ayah tak marah lah,” Angah membuatkan aku berfikir. Aku mana ada pakwe. Serik dah aku. Cukuplah sekali.

Mereka menanti kata-kata ku.

“Adik tak tahu nak cakap apa. Adik tak tahu patut ke tak adik terima sebab terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran adik,” perlahan-lahan aku menuturkan kata.

“Kalau aku dulu, aku terima je. Tengok dah enam tahun aku berkahwin dengan kak long kau ni. Hidup kitorang bahagia je. Yalah, memang betul kawan mama cakap yang mama tak salah pilih menantu. Aku bukan lah nak puji apa, tapi selama aku berkahwin kami dapat memahami dan kak long kau pun bukan bersikap pentingkan diri sendiri malah adil bila soal kedua ibu bapa. Tak de berat sebelah lah. memang kadang-kadang ada jugak masalah tapi kami sama-sama selesaikan kerana ini lah kehidupan berumah tangga dik. Kau fikir lah. umur kau pun dah 23 tahun kan? Ke 24?” along memberi cadangannya. Memang aku tengok isteri Along tu baik. Aku pun hormat dia dan bangga dengannya.

“Biar adik yang putuskan. Mama tak kisah dik,”

“Em, adik tak tahu lah ma. Fikiran adik celaru. Adik serahkan kat mama lah. adik tahu mama selalu buat yang terbaik untuk Adik.

Kami semua membisu. Fikiran kami semua bercelaru. Lebih-lebih lagi mama dan aku. Ya Allah bantulah aku. Adakah jodoh ku telah ditetapkan bersama dengan anak kawan mama? Ya Allah aku mohon bantuan kau.

************************************************

Inai di tangan dipandang kosong. Hari ni merupakan hari bersejarah dalam hidupku. Akhirnya sekejap lagi aku akan jadi isteri kepada seorang lelaki yang aku tidak kenal. Malah wajahnya pun aku tidak pernah lihat kerana aku percaya pada orang tua ku. Mereka lah yang terbaik.

“Happy nya aku tengok kau. Nampaknya kau dapat baby dulu lah ea? Aku awal tahun depan baru nak langsung,” ujar Katrina dengan nada gembira. Dia sudah bertunang dengan Zam. Aku ingat lagi Zam datang jumpa aku kat rumah dan minta maaf dengan ku. Kerana Katrina tidak mahu menerima cintanya. Aku pun keliru juga masa tu. Last-last aku maafkan juga sebab aku nampak kesungguhan si Zam tu.

Zam sekarang juga telah menjadi salah seorang sahabat ku. Biarlah yang lepas tu bak kata pepatah benda yang lepas jangan dikenang. Hebat betul aku ni. Semua peribahasa aku tahu.

“Tak sabar aku nak tengok suami kau. Zam kata dia kenal suami kau tu. Tampan orangnya dan baik. Aku dapat bayangkan betapa bahagianya kau nanti. So sweet,” melebih-lebih lah minah ni.

“DIk, jom turun. Rombongan dah sampai,” Kak Linda isteri abang Chik memanggilku. Aku menarik nafas dan menghembuskan dengan kuat. Ya Allah, aku yakin ini jodoh ku.

Aku perlahan-lahan turun ke tingkat bawah dan melabuhkan punggung ke atas kerusi yang telah disediakan. Semua mata yang berada di situ memandang ku. Kilauan cahaya dari kamera meyimbahi diriku.

“Putih betul pengantin lelaki. Macam Pontianak dalam filem Twilight je,” Ustaz Zamri ni buat lawak antarabangsa pulak. Tak sangka yang dia tengok jugak ya filem Twilight tu. Moden betul Ustaz zaman sekarang.

Ustaz Zamri memulakan ucapan mengenai hukum hakam, tanggungjawab dan kelebihan tentang perkahwinan. Aku memandang bakal suami ku itu. Aku hanya nampak pandangan sisi je. Tapi aku macam kenal dia. Entah lah mungkin silap kot. Lafaz akad nikah dikendalikan oleh ayahku.

“Bismillahhirrahmanirrahim, Tengku Aril bin Tengku Azman,”

“Saya,”

“Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Nur Quraisya binti Mohd Ridhuan dengan mas kahwinnya  seratus ringgit tunai,”

“Aku terima nikahnya Nur Quraiya binti Mohd Ridhuan dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Tengku Aril. Nama tersebut bermain di minda ku. Aku rasa macam pernah dengar nama tu. Aku dah lupa.

“Alhamdulillah, kau dah sah jadi isteri dia. Tapi kan macam familiar sangat nama tu kan. Kau kenal tak?” Katrina pun kenal nama tu. Biarlah, maybe tak penting pun.

Upacara membatal air sembahyang diteruskan. Katrina terlopong. Suka buat benda yang mengarut. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan tapi semuanya tersekat di kerongkongnya.

Aku memandang wajah suamiku. Aril! Mr. Twilinght. Ya Allah, kenapa mesti dia?

Dia melabuhkan punggung di tepi ku. Cincin emas yang bertakhtakan berlian disarung ke jari manis ku. Tanganku berasa amat sejuk. Aku rasa ingin menjerit dan membatalkan semua ni. Tapi ia sudah terlambat.

“Adik, salam lah tangan suami kamu tu. Malu pulak,” tegur mama.

Aku menyalam tangannya. Dia terseyum dan mencium dahiku. Ya Allah, jika ini adalah ujian bagiku, aku terima Ya Allah.

Sesi bergambar membuatkan kepala ku jadi pening. Petang nanti acara persandingan akan diadakan. Bagaimanalah aku nak tempuhi hidup aku dengan lelaki ini.

**************************************************

Tubuhku berasa amat penat. Yalah, dari pagi sampai ke malam tak henti-henti. Aku telah pun menukarkan pakaian pengantin. Sepatah pun aku tidak bercakap dengannya. Petang tadi teruk Zam kena marah oleh Katrina kerana merahsiakan hal ini. Kesian pulak aku tengok si Zam tu. Katrina tu memang lah garang. Nasib kau lah Zam.

Pintu bilik dibuka dari luar. Cepat-cepat ku tutup mata. Malas aku nak tengok wajahnya. Karang ada babak dalam novel yang berlaku kat aku. Selisih malaikat 44.
Aril nampaknya sedang membersihkan diri. Apa muslihat dia kali ni?

Usai sahaja dia solat Isya’ dia melabuhkan punggung di sisi ku. Dup dap dup dap jantungku. Karang tak pasal-pasal masuk hospital sebab kena serangan jantung.

“Assalamualaikum, Q,” Ya Allah bencinya aku dengan suaranya yang memanggil namaku. Pelik lah dia ni. Orang lain panggil aku Aisya, Isya, tak pun Quraisya. Tapi dia ni duk panggil Q. Macam budak tadika duk belajar ABC.

“Abang tahu yang Q tak tidur lagi. Abang nampak yang Q tak percaya yang abang rupanya suami Q kan? Q, buka mata sayang, abang nak bercakap dengan Q. please?” aku masih memejamkan mataku. Tiba-tiba aku rasa dahi ku dikucup.

“Tak pe lah kalau Q dah ngantuk sangat. Esok kita berbual ya sayang. Selamat malam, assalamualaikum,” Aril merebahkan tubuhnya disebelah aku. Tangannya melingkar di pinggang ku. Aku berasa selamat dipeluk olehnya. Ya Allah berdosakah aku?

“Apa muslihat awak lagi? Permainan apa lagi? Tak cukup lagi ke awak musnahkan hidup saya tujuh tahun dulu. Saya penat Aril,” aku menangis hiba.

Aril memelukku lebih erat.

“Q, abang mintak maaf. Dulu abang masih belum matang. Masih hidup dalam keseronokan bersama kawan-kawan abang. Tapi hidup abang tak tenang. Zam lah yang memberitahu tentang Q pada abang. Abang dah mengaku semuanya kepada ibu abang. Ibu berasa malu untuk berjumpa dengan keluarga Q. Maafkan lah abang, sayang. Berilah peluang untuk abang buktikan cinta abang,” Aril membisik di telinga ku.

Aku memusingkan badan. Aku menyentuh pipi Aril. Tiada kesan bedak di tanganku. Dia tersenyum memandangku. Aik, bukan ke pagi tadi warna mata dia hitam pekat. Tapi ni warna coklat hazel pulak tu.

Aku mengerutkan dahiku. Ya Allah indah sungguh ciptaanMu. Aril menekan dahiku yang berkerut. Aku memandang ke dalam anak matanya.

“Q, kenapa sayang? Senyap je. Ada yang tak kena ke? Atau sayang masih sukar maafkan abang? Ambil lah masa seberapa banyak pun yang penting Q gembira,”

“Awak ni alien ke?” Aril pula yang berkerut.

“Yalah, mata awak bertukar-tukar,”

“Sayang ni, mana ada bertukar. Apa yang bertukar? Cuba sayang bagitahu,”

“Yalah, mata awak siang hitam, malam coklat hazel. Apa rahsianya?” sempat lagi aku bergurau.

Dia tersenyum manis. Eh, ada lesung pipit lah. Comelnya!

“Allah dah ciptakan abang begini. Dah cukup sempurna. Sayang jangan takut. Abang bukan vampire dalam filem Twilight tu,”

Aku diam membisu.

“Sayang,” panggil Aril.

“Hmm?”

“Sayang dah maafkan abang?”

“Saya dah lama maafkan awak. Sejak dari dulu lagi. Siapa saya tak nak maafkan orang? Sedangkan Allah pun boleh memaafkan hambaNya. Tak perlulah kita nak berlagak. Kalau awak ada rancangan jahat, itu awak punya pasal lah. yang saya nak bagitahu satu je, saya dah letih untuk menjadi waatak dalam kisah jahat awak,” lancar aku berkata-kata.

“Abang janji sayang. Benda tu takkan berulang lagi. Abang mencintai Q kerana Allah mendatangkan Q setiap kali abang tidur. Mungkin Allah bagi petunjuk yang Q adalah jodoh abang,”

“Jodoh di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa sahaja,” aku menguap kecil.

Perbualan kami berlanjutan, aku tak tahu bila aku tertidur. Yang pasti malam itu aku lebih lena dan selamat. Ya Allah panjangkanlah jodoh kami berdua dan jauhilah sifat-sifat membenci di antara kami.

*******************************************

Dua tahun kemudian

“Mama!” suara kecil memanggilku. Tengku Amir Qhalif. Nama anak lelaki ku.

“Alolo comelnya anak papa ni. Mama meh sini. Dia panggil mama ni,” Aril memanggilku.

“Bang, petang nanti jangan lupa beli bahan-bahan untuk buat kek coklat ya? Q, nak buat kek malam ni,” ujarku. Aril mengangguk sahaja.

“Assalamualaikum, Isya, Aril. Kami datang ni,” jelas kedengaran suara nyaring Katrina.

“Bertambah chubby pipi anak kau Kat. Meh sini kat Auntie Isya. Tengok abang  Qhalif buat apa tu,” aku mengambil anak Katrina dan membaringkannya di sebelah anakku.

Aril dan Zam pula sedang berbual. Nampak rancak sekali.

“Q, aku nampak kau makin berisi lah. Jangan naik badan sudah. Orang lelaki ni nampak je sayang kat kita tapi dorang punya taste melebih tau,” Katrina tak habis-habis.

“Patutlah aku tengok Zam tu makin kurus,” bidas aku.

“Amboi, mulut. Kau ingat aku tak bagi makan ke? Kau tanya lah Zam tu. Aku kalau masak untuk dia, aku masak untuk makan empat orang. Biasalah aku ni kan pandai memasak,” masuk bakul angkat sendiri betul minah ni.

“Bukan kau tak bagi makan. Tapi suami kau kurus sebab kena tengking dengan kau,” satu cubitan hinggap di paha ku. membuatkan aku terjerit kecil.

“Cakap tak pakai otak kau ni,” geram sungguh Katrina dengan ku.

Kami berdua menyambung perbualan di dapur. Kerana mereka akan makan tengah hati bersama. Memang happy lah aku dengan mereka berdua. Riuh rumah ku.

“Aril, Aril,” Zam menjerit nama Aril. Aku segera keluar dari dapur.

“Kenapa Zam?” soalku cemas.

“Aril muntah-muntah tu,”

“Aduh, sakitnya tekak aku,” Zam memapah Aril masuk ke bilik. Aku menggosok dada Aril.

“Bang, jom tolong Kat masak. Biar Isya jaga Aril. Isya aku ke dapur dulu ya?” mereka berdua berlalu meninggalkan aku dan Aril.

“Sayang, abang nak makan buah anggur lah. Boleh tak sayang ambil dalam peti?” pinta Aril. Aku segera ke dapur mengambil buah anggur.

“Siapa nak makan?” Katrina bertanya.

“Aril. Pelik aku. Dia bukannya makan sangat buah anggur,” ujarku.

“Wait! Jangan-jangan kau mengandung tak? Sebab masa aku mengandung Zam mengidam makanan dan dia lah yang kuat kena alahan. Dulu masa Qhalif macam ni ke?” Katrina nampak teruja.

Aku mengangguk. Terus ku berlari mendapatkan Aril.

“Bang, Q mengandunglah bang. Patut lah Q rasa tak sedap badan je. Period pun tak,” beritahuku.

“Yahoo! Qhalif dapat adik. Aduh, peningnya,” kesian aku tengok suamiku. Nasiblah.

“Thanks sayang sebab sudi mengandungkan anak abang untuk kali yang kedua. Abang bahagia hidup dengan Q,”

“Q pun sama bang. Q harap kita bersama sehingga akhir hayat. I love you Mr. Twilight,”

“Love you too Mrs. Twilight!” dia memelukku erat.

Ya Allah, terima kasih kerana engkau pertemukan aku dengan dia. Moga jodoh ku berpanjangan. Hidupku sempurna dengan adanya dia. Kau sinarilah kebahagiaan dalam rumah tanggaku. Terima kasih, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment